bedahTEKNIK- dave hill: cassie photoshoot

(all photos taken from www.davehillphoto.com)

Ini adalah salah satu dari pada hasil DH yang menarik untuk dibuat analisis kerana untuk menghasilkan gambar seperti ini, bukan hanya 1 shot saja yang diperlukan, malah lebih dari itu. Banyak elemen dalam gambar ini yang boleh kita kaji, dari segi teknik 'shooting' dan juga 'lighting'


Pertama sekali daripada gambar diatas kita dapat lihat betapa banyaknya equipment yang DH ni bawak untuk sesuatu assignment. Gambar yang ingin dihasilkan mungkin sekeping dua tetapi peralatan dan krew yang diperlukan kadang2 tak masuk akal.


Daripada gambar ni kita dapat tengok berapa set-up lighting yang digunakan:
i) 1 ringflash/beauty light on camera (tiada dalam gambar)
ii) 1 giant softbox right above the camera (tiada dalam gambar)
iii) 1 hair light above and behind the talent
iv) 2 medium softbox, both sides / slightly behind the talent
v) another 2 strobes, both sides of the talent
(combination of iv & v will produce the desired result as imagined by DH)
jadi jumlah strobes yang diperlukan adalah 7 untuk penggambaran ini (mungkin lebih)
Perhatikan juga kepada langit di penjuru kiri atas gambar ini. Tiada awan yang kelihatan seperti didalam gambar final. Ini menunjukkan yang DH membuat PP (post processing) dengan menambah awan didalam gambar final


Ini adalah salah satu trick yang selalu digunakan oleh DH. Beliau menggunakan teknik komposit dimana setiap element didalam sesuatu shot dihasilkan secara berasingan dan digabungkan bersama untuk menghasilkan gambar final. Setiap 'elemen' dihasilkan dengan setting lighting yang tersendiri. Perkara yang sama juga dilakukan keatas gambar kereta dimana ia di shoot secara berasingan (ini dapat dilihat melalui tiadanya softbox/strobe reflection dekat body kereta didalam gambar final)


Akhir sekali dari gambar diatas kita dapat lihat kamera yang digunakan oleh DH untuk assigment kali ini, dan ini bukanlah calang-calang kamera. Bergantung kepada kualiti gambar (dan juga kualiti editing) yang ingin dihasilkan, DH selalunya akan bertukar-tukar kamera.

yang (kurang) comel;
-jijan
brigade seni

6 comments:

Man GERILA said...

gud info..aku suka bler dikongsi bersama ilmu yg ada..terbaik wok!!!

jijan said...

terima kasih wokk!!!! :)

rozinorazali said...

salam...

aku syak sesuatu...
tapi tq for sharing...

mie broz said...

goood information...
tq for sharing...

ajim said...

yer..betol.. good sharing.. nice job & good luck...

Nazri Ahmad said...

info yang bg aku.....sangattt menarik untuk dikongsi;..well done jijan..hg semakin mantap dan comel!

Post a Comment