bedahTEKNIK - dave hill:Daniel Gillies photoshoot



(photo taken from http://www.davehillphoto.com/)

Sebut saja Dave Hill boleh dikatakan rata2 photographer di Malaysia ni mesti kenal punya. Keunikan hasil editing (atau lighting?) si Dave ni banyak mempengaruhi gaya editing ramai orang termasuklah saya. Saya sendiri pernah mencuba untuk edit ala2 dave hill ni...macam2 teknik dah try...tapi semuanya jauh panggang dari oven. Satu kesalahan besar yang saya buat (dan mungkin juga clone2 dave hill diluar sana) adalah seumpama " menggunakan muka rosyam nor untuk menyamar jadi norman hakim"...lebih kurang macam tu la...

ramai yang cuba meniru cara editing tetapi ramai yang tidak meniru cara LIGHTING si dave hill ni. Antara faktor2 lain yang diambil kira termasuk lah jenis camera (super high resolution,full frame) tetapi faktor ni mungkin tak berapa penting jika dibandingkan dengan teknik lighting dan teknik editing.

Teknik lighting yang betul, di tambah dengan super high resolution image, membuatkan kerja editing menjadi senang. Cara editing dave hill mungkin 'senang' dan tidak memerlukan tahap teknikal yang tinggi...mungkin sebaliknya...tapi apa yang penting saya rasa adalah untuk mendapatkan 'feel' lighting yang sebenarnya.

Untuk photoshoot ni saya rasa DH guna setting yang paling simple - hanya 2 (atau 1) studio strobe dan 1 ringflash. Kebanyakan shoot DH (boleh dikatakan 90%) menggunakan ringflash, sama ada on-camera atau off camera.Dari gambar 'kanta & tebuan' dapat dilihat DH sekurang2 menggunakan 2 composite imej. Pada pandangan saya setting pertama adalah untuk mengambil gambar talent (Daniel) bersama kanta dan berlatar-belakangkan taman. Setting kedua adalah dimana talent sedang baring diatas jalan. Setting ini dibuat oleh DH mungkin untuk mengambil efek matahari keatas kanta.

Dari segi lightng, DH cuma menggunakan studio strobe dengan softbox (camera left, 45 degree above talent), ringflash (camera right, infront talent) dan 1 lagi studio light (bare light, camera right behind talent) untuk side lighting. Untuk gambar tepi kolam, setting lighting adalah yang paling simple - 1 ringflash (camera left, almost direct to the talent) dan 1 studio strobe with softbox (camera right, almost side to the talent). Ini dapat dilihat pada kecerahan disebelah kiri muka talent sahaja.

Saya akan mengupas lagi teknik lighting DH dimasa hadapan. Segala komen / kritikan / cadangan adalah dialukan.

Yang tulus ikhlas,
jijan
Brigade Seni

3 comments:

Akumie said...

patut laa aku edit susah nak jadi, tak kena teknik rupanya walaupun dulu aku study kat politeknik.

rozinorazali said...

salam...
apakah elemen penting dlm sessi fotgrafi DH?
yang mana aku nampak jurufoto lupa asas ini.

Nanda said...

amatir lah kau tu

Post a Comment