BENGKEL ASAS PENCAHAYAAN DI PERLIS


Hasil usahasama antara Harummanis Studio & Brigade Seni. Sila Hubungi Din Harummanis (012-538 9031) untuk tempahan dan pertanyaan. Untuk maklumat lanjut berkenaan silibus boleh sms / call saya di 016-4102520.
-jijan

PUNK KID the movie


hasil kerjasama azrie nasri.ronienana.black.mat arip as punk kid.location penang.brigade seni production.copyright protected

-jijan (016-4102520)

BENGKEL ASAS TEKNIK PENCAHAYAAN



NEW SLOTS: 05 & 06 SEPTEMBER 2009 ARE NOW OPEN FOR BOOKING!!

Slot: 05.09.09
i) reserved
ii) shamsul (alonaimpiana)
iii)
iv)
v)
vi)

Slot: 06.09.09
i) reserved
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
Slot: 09.08.09 (FULL)
shaikh ** zainie ** kelvin ** tang ** mazibur ** erwan ** hafiz

Slot: 16.08.09 (FULL)
shizukana ** azrie ** zubir ** ronienana ** nae ** rahmat

Slot: 17.08.09 (FULL)
abg fir ** abg fir2 ** izham ** nuruli ** arelan ** fazry ** reza


Terima kasih diucapkan kepada yang telah mendaftar. Terima kasih juga kepada yang telah bertanya beberapa soalan mengenai bengkel/ kelas ini. Di sini saya cuba senaraikan antara soalan-soalan yang biasa ditanya, beserta jawapan yang dapat saya berikan:

Saya tidak mahir menggunakan DSLR. Adakah perlu saya menghadiri bengkel ini? Bengkel ini memerlukan sekurang-kurangnya anda mempunyai asas fotografi seperti tahu menggunakan mode manual, aperture priority dsb, memahami apa itu ISO, WB dan lain-lain. Jika anda masih terlalu baru, bengkel ini mungkin agak 'advanced' kepada anda tetapi ia tidak menghalang anda daripada memahami konsep pencahayaan secara amnya. Seelok-eloknya sila fahami sedikit sebanyak mengenai DSLR agar anda mendapat manfaat sepenuhnya dari bengkel ini.

Saya tidak mempunyai peralatan lighting, apakah yang akan saya perolehi dari bengkel ini?
Diantara tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai asas-asas pencahayaan termasuklah peralatan 'lighting'. Walaupun anda tidak mempunyai peralatan yang lengkap, diharapkan selepas melalui bengkel ini anda akan lebih memahami apakah peralatan yang sepatutnya anda miliki dan kenapa. Ini membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak.

Perlukah bengkel ini kepada saya kerana kebanyakan gambar yang saya ambil menggunakan natural light?
Pencahayaan samada melibatkan 'strobes' atau 'natural light' adalah satu cabang fotografi yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pemahaman yang lebih dalam menggunakan peralatan 'strobes' akan membantu anda untuk faham lebih lagi mengenai 'natural light' dan sebaliknya.

Saya telah lama menggunakan strobes / off camera flash dalam shooting saya. Adakah perlu saya menghadiri bengkel ini lagi?
Bengkel ini akan menerangkan 'rules' asas yang terdapat didalam teknik pencahayaan, corak-corak asas pencahayaan dan kedudukan strobes / flashes yang betul untuk sesuatu pencahayaan itu. Jika selama ini anda membuat pencahayaan tanpa memahami perkara-perkara di atas , sudah semestinya bengkel ini akan memberi manfaat yang lebih kepada anda.

-jijan
016-4102520


SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 17.08.09





SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 16.08.09


SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 09.08.09