BENGKEL ASAS TEKNIK PENCAHAYAAN



NEW SLOTS: 05 & 06 SEPTEMBER 2009 ARE NOW OPEN FOR BOOKING!!

Slot: 05.09.09
i) reserved
ii) shamsul (alonaimpiana)
iii)
iv)
v)
vi)

Slot: 06.09.09
i) reserved
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
Slot: 09.08.09 (FULL)
shaikh ** zainie ** kelvin ** tang ** mazibur ** erwan ** hafiz

Slot: 16.08.09 (FULL)
shizukana ** azrie ** zubir ** ronienana ** nae ** rahmat

Slot: 17.08.09 (FULL)
abg fir ** abg fir2 ** izham ** nuruli ** arelan ** fazry ** reza


Terima kasih diucapkan kepada yang telah mendaftar. Terima kasih juga kepada yang telah bertanya beberapa soalan mengenai bengkel/ kelas ini. Di sini saya cuba senaraikan antara soalan-soalan yang biasa ditanya, beserta jawapan yang dapat saya berikan:

Saya tidak mahir menggunakan DSLR. Adakah perlu saya menghadiri bengkel ini? Bengkel ini memerlukan sekurang-kurangnya anda mempunyai asas fotografi seperti tahu menggunakan mode manual, aperture priority dsb, memahami apa itu ISO, WB dan lain-lain. Jika anda masih terlalu baru, bengkel ini mungkin agak 'advanced' kepada anda tetapi ia tidak menghalang anda daripada memahami konsep pencahayaan secara amnya. Seelok-eloknya sila fahami sedikit sebanyak mengenai DSLR agar anda mendapat manfaat sepenuhnya dari bengkel ini.

Saya tidak mempunyai peralatan lighting, apakah yang akan saya perolehi dari bengkel ini?
Diantara tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai asas-asas pencahayaan termasuklah peralatan 'lighting'. Walaupun anda tidak mempunyai peralatan yang lengkap, diharapkan selepas melalui bengkel ini anda akan lebih memahami apakah peralatan yang sepatutnya anda miliki dan kenapa. Ini membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak.

Perlukah bengkel ini kepada saya kerana kebanyakan gambar yang saya ambil menggunakan natural light?
Pencahayaan samada melibatkan 'strobes' atau 'natural light' adalah satu cabang fotografi yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pemahaman yang lebih dalam menggunakan peralatan 'strobes' akan membantu anda untuk faham lebih lagi mengenai 'natural light' dan sebaliknya.

Saya telah lama menggunakan strobes / off camera flash dalam shooting saya. Adakah perlu saya menghadiri bengkel ini lagi?
Bengkel ini akan menerangkan 'rules' asas yang terdapat didalam teknik pencahayaan, corak-corak asas pencahayaan dan kedudukan strobes / flashes yang betul untuk sesuatu pencahayaan itu. Jika selama ini anda membuat pencahayaan tanpa memahami perkara-perkara di atas , sudah semestinya bengkel ini akan memberi manfaat yang lebih kepada anda.

-jijan
016-4102520


SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 17.08.09





SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 16.08.09


SEBAHAGIAN GAMBAR DARI SLOT 09.08.09



13 comments:

Kelvin said...

eh, kepada yang lain, boleh lah bagi akaun flickr sini :)

akaun saya kelvin_penang

And pasal bengkel ni, memang benefit org-org baru kepada lighting seperti saya ni. :)

Private Studio said...

Agree agree...saya nie flash pun tarak satu...semua bapa punya barang...haiz...biar kumpul duit dulu baru pikir tentang flash...
Thanks for posting some photos here eh!

jijan said...

orait kelvin....thanks for the comments...lepas ni boleh la post gambar lighting banyak2 kat flickr... :)

private studio...is that u Tang?...haaaha use ur dad's stuff first then buy ur own...lucky ur dad is a photographer...i guess my sons will be lucky too in the future,...

azrie nasrie said...

i guess my son to..huhuhu

erwan said...

macho gambaq last tu...hahahhahahaha

brigade seni said...

hang memang macho wan..tambah2 lagi bila bergambar dengan hafiz...hahaha

erwan said...

kalo camtu nnt kami nak possing lagi la...hehehehe

ronienana said...

hahaha....sempoi.kelas nih memang best leh buat lagi bro....

acai said...

Lighting master kelass booking sekarang :-D
4,5,6 sept..

jijan said...

ronie....tunggu kemunculanyan di Perlis :)

acai...betul ke acai ni...sebab link tu masuk link fotopages romantis yang lama..hmmmmmm

arelan said...

Salam abg Jijan,sy dh trima msg dr abg jijan td..Alhamdulillah,sepatutnya kami yg perlu berterima kasih krn abg jijan menurunkan ilmu yg ada kpd kami.Ex-specially utk sy yg sungguh daif n byk kekurangan dlm bab lighting nie. Mohon tunjuk ajar lg seandainya foto sy mempunyai kelemahan . . .

NuLi FotoBloG said...

Salam.... Kelas ni memang berjaya menepati objektifnya.....Tahniah Brigade Seni.... dan terima kasih terutamanya buat Bro Jijan yang mengajar kami pada malam tu....banyak ilmu yang kami dapat.....

Reza said...

Salam.. Mmg best la kelas yg Bro buat haritu.. Banyak benda2 baru yg dapat saya belajar kat sana.. Terima kasih

Post a Comment