bedahTEKNIK- dave hill: cassie photoshoot

(all photos taken from www.davehillphoto.com)

Ini adalah salah satu dari pada hasil DH yang menarik untuk dibuat analisis kerana untuk menghasilkan gambar seperti ini, bukan hanya 1 shot saja yang diperlukan, malah lebih dari itu. Banyak elemen dalam gambar ini yang boleh kita kaji, dari segi teknik 'shooting' dan juga 'lighting'


Pertama sekali daripada gambar diatas kita dapat lihat betapa banyaknya equipment yang DH ni bawak untuk sesuatu assignment. Gambar yang ingin dihasilkan mungkin sekeping dua tetapi peralatan dan krew yang diperlukan kadang2 tak masuk akal.


Daripada gambar ni kita dapat tengok berapa set-up lighting yang digunakan:
i) 1 ringflash/beauty light on camera (tiada dalam gambar)
ii) 1 giant softbox right above the camera (tiada dalam gambar)
iii) 1 hair light above and behind the talent
iv) 2 medium softbox, both sides / slightly behind the talent
v) another 2 strobes, both sides of the talent
(combination of iv & v will produce the desired result as imagined by DH)
jadi jumlah strobes yang diperlukan adalah 7 untuk penggambaran ini (mungkin lebih)
Perhatikan juga kepada langit di penjuru kiri atas gambar ini. Tiada awan yang kelihatan seperti didalam gambar final. Ini menunjukkan yang DH membuat PP (post processing) dengan menambah awan didalam gambar final


Ini adalah salah satu trick yang selalu digunakan oleh DH. Beliau menggunakan teknik komposit dimana setiap element didalam sesuatu shot dihasilkan secara berasingan dan digabungkan bersama untuk menghasilkan gambar final. Setiap 'elemen' dihasilkan dengan setting lighting yang tersendiri. Perkara yang sama juga dilakukan keatas gambar kereta dimana ia di shoot secara berasingan (ini dapat dilihat melalui tiadanya softbox/strobe reflection dekat body kereta didalam gambar final)


Akhir sekali dari gambar diatas kita dapat lihat kamera yang digunakan oleh DH untuk assigment kali ini, dan ini bukanlah calang-calang kamera. Bergantung kepada kualiti gambar (dan juga kualiti editing) yang ingin dihasilkan, DH selalunya akan bertukar-tukar kamera.

yang (kurang) comel;
-jijan
brigade seni

Kelas Asas Photoshop Brigade Seni 17 May 2009












Pada 17 May yg lalu telah berlangsung Kelas Asas Photoshop anjuran Brigade Seni yg melibatkan saya dan Azizan sebagai tenaga pengajar...Alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar...Seramai 16 org peserta telah menghadiri sessi kali ini...Terima kasih khas buat Ayarx dan Asmady Ahmad yg sudi menjadi pemerhati utk kelas kami kali ni...Buat semua peserta kami harap anda semua beroleh menfaat dari apa yg kami kongsikan bersama hari tu...Kami mohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan sepanjang sessi tersebut...Segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...

Punk5Hitam

Punk5Hitam



Selamat datang buat semua pengunjung ke blog Brigade Seni.Semoga apa yg dapat kami kongsikan bersama disini sedikit sebanyak dapat memberi menfaat kepada peminat2 seni fotografik khususnya...Waalahualam

bedahTEKNIK - dave hill:Daniel Gillies photoshoot



(photo taken from http://www.davehillphoto.com/)

Sebut saja Dave Hill boleh dikatakan rata2 photographer di Malaysia ni mesti kenal punya. Keunikan hasil editing (atau lighting?) si Dave ni banyak mempengaruhi gaya editing ramai orang termasuklah saya. Saya sendiri pernah mencuba untuk edit ala2 dave hill ni...macam2 teknik dah try...tapi semuanya jauh panggang dari oven. Satu kesalahan besar yang saya buat (dan mungkin juga clone2 dave hill diluar sana) adalah seumpama " menggunakan muka rosyam nor untuk menyamar jadi norman hakim"...lebih kurang macam tu la...

ramai yang cuba meniru cara editing tetapi ramai yang tidak meniru cara LIGHTING si dave hill ni. Antara faktor2 lain yang diambil kira termasuk lah jenis camera (super high resolution,full frame) tetapi faktor ni mungkin tak berapa penting jika dibandingkan dengan teknik lighting dan teknik editing.

Teknik lighting yang betul, di tambah dengan super high resolution image, membuatkan kerja editing menjadi senang. Cara editing dave hill mungkin 'senang' dan tidak memerlukan tahap teknikal yang tinggi...mungkin sebaliknya...tapi apa yang penting saya rasa adalah untuk mendapatkan 'feel' lighting yang sebenarnya.

Untuk photoshoot ni saya rasa DH guna setting yang paling simple - hanya 2 (atau 1) studio strobe dan 1 ringflash. Kebanyakan shoot DH (boleh dikatakan 90%) menggunakan ringflash, sama ada on-camera atau off camera.Dari gambar 'kanta & tebuan' dapat dilihat DH sekurang2 menggunakan 2 composite imej. Pada pandangan saya setting pertama adalah untuk mengambil gambar talent (Daniel) bersama kanta dan berlatar-belakangkan taman. Setting kedua adalah dimana talent sedang baring diatas jalan. Setting ini dibuat oleh DH mungkin untuk mengambil efek matahari keatas kanta.

Dari segi lightng, DH cuma menggunakan studio strobe dengan softbox (camera left, 45 degree above talent), ringflash (camera right, infront talent) dan 1 lagi studio light (bare light, camera right behind talent) untuk side lighting. Untuk gambar tepi kolam, setting lighting adalah yang paling simple - 1 ringflash (camera left, almost direct to the talent) dan 1 studio strobe with softbox (camera right, almost side to the talent). Ini dapat dilihat pada kecerahan disebelah kiri muka talent sahaja.

Saya akan mengupas lagi teknik lighting DH dimasa hadapan. Segala komen / kritikan / cadangan adalah dialukan.

Yang tulus ikhlas,
jijan
Brigade Seni

WELKOM! SELAMAT DATANG!

Just to test. Please dont change the channel.